Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terus aktif bantu ahli, golongan yang memerlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH), baru-baru ini, telah mengadakan perjumpaan bagi mengongsikan dan meraikan kejayaan yang telah dicapai dan diusahakan oleh ahli-ahlinya sejak 2019 hingga kini.

    Majlis yang berlangsung di Sapphira Cake House, Kiulap itu diteruskan dengan penyerahan sedekah kepada Haji Idris bin Haji Ali iaitu suami kepada ahli FITRAH, Allahyarhamah Hajah Noraini binti Haji Timbang yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal yang lalu.

    Yang Dipertua FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusof dalam ucapannya antara lain mengongsikan perasaan bangga dengan sukarelawan FITRAH yang sentiasa menyokong visi dan misinya sejak ditubuhkan 28 tahun lalu.

    Mengimbas sejarah pertubuhan FITRAH, jelasnya, persatuan itu banyak membantu pelajar berkeperluan khas dan keluarga dalam menambah baik kualiti pendidikan inklusif individu.

    Di samping itu, FITRAH juga telah dapat membantu seorang pelajar lepasan pra vokasional yang memerlukan bantuan barangan asasi bagi menyara kehidupan keluarga yang semakin bertambah ahlinya.

    Beliau seterusnya berharap, agar persatuan tersebut akan terus aktif dan sentiasa berusaha meningkatkan program kerjasama dengan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan serta tujuan yang sama.

    Hajah Norjum menyampaikan sumbangan kepada suami Allahyarhamah Hajah Noraini. – GAMBAR SERAHAN FITRAH
    Antara yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN FITRAH

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...