Tuesday, February 4, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut, 30 terperangkap dalam runtuhan salji

    KABUL, 19 FEB – Runtuhan salji telah mengorbankan enam orang dan memerangkap 30 lagi di wilayah Nuristan di timur Afghanistan, kata seorang pegawai wilayah hari ini, selepas sebahagian besar negara itu menyaksikan turunan salji lebat.

    “Salji masih turun. Usaha menyelamat sedang dijalankan dan jumlah kematian mungkin meningkat,” kata ketua Penerangan dan Kebudayaan wilayah, Jamiullah Hashimi, kepada AFP.

    Salji melanda perkampungan Nakre di lembah Tatin di Nuristan semalaman, kelmarin, menyelubungi rumah dalam salji dan runtuhan.

    Kira-kira 20 buah rumah musnah atau rosak teruk, tambah Hashimi.

    “Disebabkan awan dan hujan, helikopter tidak dapat mendarat di Nuristan,” kata ketua kerja awam di wilayah itu, Maulvi Mohammad Nabi Adel, sambil menambah salji telah menghalang salah satu jalan utama ke wilayah itu, menjadikan operasi menyelamat menjadi sukar.

    Wilayah Nuristan, yang bersempadan dengan Pakistan, kebanyakannya dilitupi oleh hutan pergunungan dan meliputi hujung selatan banjaran gunung Hindu Kush.

    Tahun ini, turunan salji merentasi sebahagian besar Afghanistan mengalami penangguhan, seperti mana yang biasa berlaku pada musim sejuk yang ekstrem.

    Tahap hujan yang sangat rendah di negara yang banyak bergantung pada pertanian itu telah memaksa ramai petani untuk menangguhkan penanaman. – AFP

    Pedagang Afghanistan mencedok salji di luar kedai berikutan salji tebal di daerah Paghman di pinggir Kabul pada 19 Februari. Salji lebat di Afghanistan telah menyebabkan enam orang terkorban setakat ini akibat runtuhan salji. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda