Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut akibat cuaca ekstrem

    JAKARTA, 30 JULAI – Enam maut termasuk anak damit akibat kepanasan cuaca ekstrem di Puncak, Papua Tengah baru-baru ini, menurut ketua daerahnya Willem Wandik.

    Tiga kematian dilaporkan di Agandugume, manakala tiga lagi di Lambewi membabitkan lima dewasa dan seorang anak damit baru lahir di dua daerah itu yang didiami 7,500 penduduk.

    “Daerah ini mengalami cuaca ekstrem sejak Mei dan kekurangan air menyebabkan dehidrasi dan penggunaan air tercemar membawa cirit-birit.

    “Sedikit atau tiada hujan yang turun sehingga Ogos merosakkan tanaman dan sering menyebabkan sakit perut dan cirit-birit selepas makan,” katanya.

    Sehingga 25 Julai, Kementerian Hal Ehwal Sosial telah menghantar 14 tan makanan dan bekalan ke daerah-daerah menggunakan helikopter tentera. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda