Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Enam perompak fesyen Balmain tumpas

    BOBIGNY, 17 JAN – Enam orang telah ditahan kerana mencuri kira-kira 50 barangan daripada jenama mewah Perancis, Balmain pada September lalu yang hampir menggagalkan pertunjukan Minggu Fesyen Paris, kata sumber polis hari ini.

    Lelaki-lelaki itu, kesemuanya berumur dalam lingkungan 20an, telah ditangkap pada hari sebelumnya di pinggir bandar Paris, kata sumber itu kepada AFP, mengesahkan maklumat yang pertama kali dilaporkan dalam majalah gaya hidup, Elle.

    Pengarah kreatif Balmain, Olivier Rousteing mendedahkan di media sosial pada 17 September bahawa kumpulan bersenjata telah ‘merampas’ sebuah van yang mengangkut barangan dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle ke ibu pejabat jenama itu di Paris, hanya 10 hari sebelum ia ditunjukkan di pameran pakaian wanita Balmain.

    “Ini sungguh tidak sopan. Saya ingin berkongsi perkara ini dengan awda sebagai peringatan untuk tidak pernah melakukan sesuatu perkara sesuka hati awda,” kata Rousteing pada masa itu.

    Sumber polis memberitahu AFP kumpulan itu telah dikesan dan beberapa barangan Balmain ditemui semasa rumah mereka digeledah.

    Mereka percaya label itu tidak dijadikan sasaran secara khusus.

    “Sekiranya rampasan tersebut telah dilakukan mengikut pesanan tertentu, barang-barang itu akan dijual,” kata sumber itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...