Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peluang skuad hoki Malaysia ke Olimpik masih samar

    KUALA LUMPUR, 17 JAN – Peluang skuad hoki lelaki Malaysia menamatkan kemarau 24 tahun layak ke pentas Olimpik masih samar selepas tewas 1-4 kepada Great Britain pada saingan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman, pagi tadi.

    Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut anak buah A. Arul Selvaraj di Stadium Hoki Oman itu selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.

    Turun dengan misi sukar menentang Great Britain ranking keempat dunia, skuad negara ranking ke-14 terpaksa akur dengan keampuhan jentera serangan pihak lawan yang terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Will Calnan pada minit ke-19.

    Tidak mahu membiarkan Great Britain terus tersenyum, skuad hoki Malaysia tetap memberikan tentangan apabila berhasil menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-26.

    Great Britain meraih gol kedua menerusi Sam Ward yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-32 sebelum Zachary Wallace meledak gol ketiga pasukan selang tujuh minit kemudian.

    Bagaimanapun, Ward memastikan Great Britain sukar digugat apabila beliau menjaringkan gol keempat pasukan yang juga gol keduanya pada perlawanan itu pada minit ke-58.

    Keputusan dicatat pada perlawanan awal pagi tadi itu sekali gus menyaksikan Great Britain mengungguli kedudukan kumpulan dengan enam mata, manakala China di tempat kedua berkongsi tiga mata dengan Pakistan di tempat ketiga manakala Malaysia di tangga tercorot tanpa sebarang mata. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...