Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    England selamat dari kekalahan

    SKOPJE, 21 NOV – England hampir mengalami kekalahan yang memalukan ketika menentang Macedonia Utara selepas The Three Lions menamatkan saingan di antara pilihan utama di Euro 2024 dengan keputusan seri 1-1 di Skopje pada awal pagi tadi.

    Skuad kendalian Gareth Southgate berada di belakang pada separuh masa pertama selepas jaringan Enis Bardhi sebelum gol sendiri dari Jani Atanasov menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua di Arena Tose Proeski.

    Setelah menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan C dengan enam kemenangan dan dua seri, England akan berada dalam pot pertama pilihan Euro 2024 bersama Jerman, Portugal, Perancis, Sepanyol dan Belgium.

    Keputusan itu sepatutnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan kumpulan yang sesuai apabila undian untuk kejohanan tahun depan di Jerman dibuat pada 2 Disember.

    Bagaimanapun, sesiapa sahaja yang berentap dengan England, Southgate akan tahu bahawa mereka memerlukan peningkatan yang ketara berbanding dengan persembahan yang kurang meyakinkan itu untuk memenuhi jangkaan mereka sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Euro.

    “Saya fikir memandangkan kami sudah layak dan segala-galanya telah dicapai mentaliti pemain adalah sangat baik,” tegas Southgate.

    “Kualiti pada bola adalah baik pada padang yang sukar. Hanya hantaran atau penyudah terakhir itu sukar dicari,” tambahnya.

    Southgate minggu ini mencabar pasukan England, yang berada di kedudukan keempat, untuk melepasi Argentina, Perancis dan Brazil untuk menjadi pasukan nombor satu FIFA dalam ranking dunia. – AFP

    Aksi Harry Maguire (kiri) semasa perlawanan kelayakan kumpulan C Euro 2024 di Arena Nasional Todor Proeski di Skopje, Macedonia Utara, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...