Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hornets berjaya benam Celtics

    LOS ANGELES, 21 NOV – Charlotte Hornets mengatasi aksi cemerlang Jayson Tatum dengan 45 mata untuk menamatkan rentetan kemenangan enam perlawanan Boston dengan kemenangan 121-118 pada masa tambahan di NBA semalam.

    Celtics tiba di Charlotte sebagai pasukan terhangat dalam liga setelah melonjak ke puncak Eastern Conference dengan rekod 11-2.

    Meskipun membuka kelebihan 18 mata pada pertengahan suku kedua dan membawa kelebihan 11 mata pada separuh masa, skuad kendalian Joe Mazzulla tidak dapat mengawal kebangkitan pasukan Charlotte pada dua suku akhir.

    Miles Bridges menyumbang dengan lontaran tiga mata pada minit akhir masa tambahan, meletakkan Charlotte mendahului 119-116 dengan baki tujuh saat.

    Tatum mendapat peluang tiga lontaran percuma untuk menyamakan kedudukan, tetapi selepas menjaringkan dua lontaran pertama, dia gagal pada lontaran ketiga. Gordon Hayward kemudiannya menjaringkan dua lontaran percuma untuk memastikan kemenangan.

    “Kami hanya bermain secara fizikal,” kata Bridges selepas kemenangan Hornets. “Kami tahu Boston adalah pasukan terbaik, jadi kami perlu memberikan segalanya,” katanya.

    “Rasanya ini boleh menjadi permulaan yang baik buat kami,” tambah Bridges selepas kemenangan keempat Charlotte musim ini.

    Bridges menamatkan saingan dengan 14 mata manakala pengawal mata LaMelo Ball mendahului Charlotte menjaringkan 36 mata, termasuk lima lontaran tiga mata daripada 11 percubaan.

    Hayward menambah 20 mata manakala Mark Williams memperoleh 18 mata. – AFP

    LaMelo beraksi semasa perlawanan menentang Boston Celtics di Spectrum Center di Charlotte, North Carolina. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...