Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eratkan semula jalinan semasa mengerjakan umrah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Bagi mengabadikan ikatan silaturahim yang sudah terjalin sejak melakar kenangan terindah mengerjakan ibadah umrah, seramai 28 orang bekas jemaah yang mengikuti pakej umrah di Dar El Ehsan Travel Sdn Bhd bagi sesi November 2019 telah mengadakan majlis pertemuan semula di Balai Yusof, Hotel Al-Afiah, Kiulap, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan Dar El Ehsan Travel Sdn Bhd, Haji Ahmad Baihaki bin POKDGSL DSU Haji Mohd Taha.

    Majlis telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil untuk memohon rahmat bagi mengenang insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah sekali gus Doa Kesyukuran atas pertemuan berkenaan.

    Sambil mengenang kenangan suka duka bersama, majlis berkenaan turut diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Hamba Allah yang Beruntung’ yang disampaikan oleh Awang Mohd Helmi bin Yakop.

    Dengan adanya majlis berkenaan, mereka berharap untuk dapat berkumpul bersama mengadakan majlis-majlis keagamaan yang lain pada masa akan datang sekali gus berdoa agar mereka semua dimurahkan rezeki berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan ibadah bersama suatu hari nanti.

    Gambar ramai semasa majlis pertemuan semula bekas jemaah umrah berkenaan, baru-baru ini. – Gambar serahan wakil bekas jemaah pakej umrah di Dar El Ehsan Travel Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda