Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Eropah alami tekanan haba ekstrem

    PARIS, 22 APRIL – Eropah mengalami jumlah rekod tekanan haba ekstrem pada 2023, kata dua pemantau iklim terkemuka hari ini, menekankan tentang ancaman musim panas yang semakin teruk di seluruh benua itu.

    Dalam tempoh satu tahun cuaca ekstrem, Eropah telah menyaksikan gelombang haba teruk tetapi juga banjir besar, kemarau, ribut dan kebakaran hutan.

    Bencana itu telah menyebabkan kerugian berbilion dolar dan memberi kesan kepada lebih dua juta orang, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam laporan bersama terbaharu.

    Kesan terhadap kesihatan adalah krtikal, dengan haba yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi itu sebagai ancaman terbesar berkaitan iklim ketika pemanasan global mendorong musim panas Eropah yang lebih ekstrem.

    “Kami melihat trend peningkatan dalam bilangan hari dengan tekanan haba di seluruh Eropah dan 2023 tidak terkecuali, di mana Eropah melihat rekod bilangan hari dengan tekanan haba melampau,” kata seorang saintis iklim di Copernicus, Rebecca Emerton.

    Untuk kajian tersebut, Copernicus dan WMO menggunakan Indeks Iklim Terma Sejagat, yang mengukur kesan alam sekitar terhadap tubuh manusia.

    Ia mengambil kira bukan sahaja suhu tinggi tetapi juga kelembapan, kelajuan angin, cahaya matahari dan haba yang dikeluarkan oleh persekitaran. – AFP

    Gambar fail bertarikh 19 Julai 2023 menunjukkan pokok dan sebuah kereta terbakar selepas kebakaran di Mandra, barat Athens. Pemantau iklim berkata Eropah telah mengalami jumlah rekod cuaca panas ekstrem. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...