Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Erra ‘block’ nombor Zizan

    Walaupun tidak pernah ada masalah, pengurus Erra Fazira mendedahkan aktres berkenaan menyekat nombor telefon milik pelawak, Zizan Razak.

    Menurut mStar, Erra atau Fazira Wan Chek, 49, bukan sahaja menyekat malah dia tidak menyimpan nombor telefon pelawak berkenaan.

    Dedah pengurusnya iaitu Sharendra Razak, Zizan sebelum ini sering menghantar mesej di WhatsApp namun aktres itu tidak pernah membalasnya.

    “Ceritanya begini, Zizan selalu text Erra, kadang-kadang bagi video kelakar ke apa… Erra ni pula tak pernah respons walau satu pun.

    “Lepas itu text itu satu tick sahaja. Senang cerita tak delivered text itu. Sekali agaknya Zizan dah geram, terus tanya depan-depan.

    Zizan tak sangka nombor telefonnya disekat dan tak disimpan Erra. – Nona

    “Rupa-rupanya Erra tak simpan nombor telefon Zizan. Dahlah tak simpan, dia pergi block pula nombor, terus Zizan clueless,” katanya.

    Sharendra berkongsi kisah lucu itu bercerita di Instagram Story miliknya.

    Video itu juga tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan hampir mencecah 200,000.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati dengan situasi berkenaan.

    “Janggal muka Erra bila dia sedar dia block lepas itu pandang Zizan.

    “Sentap terus member, ni mesti sebab kak Erra jarang pakai WhatsApp, kan?

    “Mesti Zizan rajin mengorat Erra ni, sampai kena block dah,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...