Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Etika pakaian kerja perkhidmatan awam

    Perkhidamatan awam sepatutnya menunjukan contoh yang baik, bahkan juga merupakan wakil kepada kerajaan.

    Setahu saya, berkhidmat dengan kerajaan mempunyai pelbagai peraturan dan segala macam etika untuk memastikan disiplin para perkhidmatan awam.

    Pada masa ini, penggunaan seluar jenis legging ketat dipakai kelihatan berleluasa dalam kalangan penduduk di negara ini, tidak kira lelaki atau wanita.

    Pakaian itu sepatutnya dipakai untuk beriadah sukan, bertepatan dengan tujuannya, tetapi ada yang memilih untuk memakainya semasa membeli-belah, terutamanya para wanita.

    Berdasarkan pemerhatian saya, pemakaian seluar legging ini sedikit menjolok mata dan memperlihatkan bentuk tubuh, yang boleh dianggap sebagai aurat.

    Sehubungan itu, sebaiknya hindarilah memakainya kecuali pada waktu yang bersesuaian terutama bersukan dan padankanlah dengan baju panjang yang boleh menutupi bahagian dianggap aurat lelaki dan wanita.

    Bercakap mengenai legging, saya baru-baru ini agak terkejut dan merasakan ia isu yang agak membimbangkan apabila terlihat ada penjawat-penjawat awam memakai pakaian tersebut ketika menjalankan tugas.

    Mungkin semasa saya ternampak mereka memakainya, mereka sedang menjalankan kerja di luar, sebagai salah satu aktiviti outdoor.

    Tetapi pada pandangan saya, sebagai kakitangan awam, adakah ia boleh diterima kerana kitani ‘kebiasaan’ sudah atau adakah ia melanggar etika pakaian waktu kerja.

    Bahkan, kita sebagai sebuah Negara Zikir, sepatutnya menjaga aurat wanita yang sangat berharga, lebih-lebih lagi pada waktu berpuasa ini.

    Saya tidak menyalahkan cara pemakaiannya tetapi mungkin perlu disesuaikan mengikut masa dan keadaan.

    Hamba Allah

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Teknologi bukan pengganti guru

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT –...

    Gaya jalanan bebas

    PARIS – Yohji Yamamoto mempersembahkan koleksi Minggu Fesyen Paris...

    Gaya santai, moden dan klasik

    MILAN – Para model menggayakan busana rekaan Dolce &...

    Hint bakal berkahwin, Didi hanya bergurau

    Pelakon dan penyanyi Malaysia, Bella Astillah menafikan hint yang...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...