Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Etika, undang-undang perlu ada dalam pengajian berkaitan AI

    KUCHING, 27 MEI – Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama Malaysia seharusnya turut meliputi pengajian dalam pelbagai disiplin, termasuk merangkumi aspek berkaitan undang-undang serta etika.

    Profesor Madya Jaspal Kaur dari Canterbury Christ Church University, United Kingdom’s School of Law, Policing and Social Sciences berkata keputusan Malaysia untuk menubuhkan fakulti itu memang tepat pada masanya, selaras dengan perkembangan pesat kemajuan AI.

    “Kita memerlukan lebih banyak pusat atau fakulti Al; yang lebih penting, pusat ini bukan sahaja perlu bertumpu kepada sains komputer dan kejuruteraan komputer sahaja, tetapi pelbagai disiplin yang harus merangkumi disiplin lain contohnya seperti media, kewartawanan dan undang-undang.

    “Ini kerana jika awda melihat tadbir urus Al dan bagaimana kita akan menguruskannya, kita perlu melihatnya bukan sahaja dari sudut pandangan saintis komputer atau jurutera, kita perlu melihat bagaimana ia memberi kesan kepada masyarakat dan rakyat; ia harus menjadi pendekatan pelbagai pihak berkaitan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Legal And Ethical Questions Around Al in Journalism’ pada Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 hari ini.

    Sementara itu mengulas isu undang-undang dan tadbir urus Al, Jaspal berkata masalah itu perlu dibincangkan dengan lebih mendalam sebelum aspek perundangan terus dikuatkuasakan.

    “Saya fikir Malaysia sedang menguruskan ia dengan baik.

    “Malaysia mengambil masa untuk melihat tadbir urus AI dan tidak terus menguatkuasakannya secara semberono. Ia mengambil pendekatan inovatif dalam aspek tadbir urus tanggungjawab kendiri dan akauntabiliti,” katanya lagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...