Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pamer pengetahuan, kehebatan APMOPS

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 MEI – Tiga pelajar Sekolah St John, Kuala Belait telah mengungguli Olimpiad Matematik Asia Pasifik untuk Sekolah-sekolah Rendah (APMOPS) apabila mereka mempamerkan pengetahuan dan kehebatan mereka dalam matematik.

    Sembilan orang pelajar sekolah berkenaan dengan diiringi guru masing-masing bertanding dalam acara yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

    Antaranya ialah Chrislin Loveline Gnanarathinam, Awang Muhammad Azaim Furqan bin Azizul Fikri dan V Ashwin yang masing-masing telah memenangi tempat pertama hingga ketiga.

    Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar tersebut dalam mencapai kejayaan yang luar biasa berkenaan, mempamerkan dedikasi, ketabahan, dan kehebatan matematik yang luar biasa semasa persediaan dan latihan untuk pertandingan berprestij tersebut di bawah bimbingan guru Matematik mereka, Yeo Ai Ling dan Ketua Jabatan Matematik, Leenamol Reghu.

    Selain menduduki tempat pertama dalam acara itu, Chrislin Loveline Gnanarathinam turut dipilih untuk bersaing di pentas antarabangsa dalam Pusingan Jemputan APMOPS di Institusi Hwa Chong, Singapura.

    Para pelajar yang menyertai pertandingan tersebut bergambar ramai bersama guru sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JOHN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...