Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    EU ambil langkah ke arah pembungkusan kitar semula

    BRUSSELS, 24 OKT – Desakan Kesatuan Eropah (EU) ke arah peraturan seluruh blok mengenai pembungkusan kitar semula untuk mengurangkan plastik dan sisa lain mendapat sokongan awal di Parlimen Eropah hari ini.

    Persetujuan dibuat oleh jawatankuasa alam sekitar badan perundangan telah membuka jalan untuk pengundian parlimen pada bulan November untuk menetapkan pendirian perundingan penggubal undang-undang dengan negara anggota EU.

    Matlamatnya adalah untuk mengurangkan 190 kilogram (kg) sisa pembungkusan yang dibuang setiap orang Eropah pada setiap tahun, secara purata, segunung plastik, polistirena, aluminium, kertas dan kadbod yang telah meningkat lebih daripada 30kg setiap orang dalam tempoh sedekad, menurut pejabat statistik EU, Eurostat.

    Tetapi syarikat yang terlibat dalam pembuat pembungkusan industri bernilai lebih daripada AS$378 bilion dalam blok itu serta kumpulan makanan segera yang bergantung kepada pembungkusan plastik dan diberi amaran bahawa perubahan itu mungkin memerlukan penggunaan air dan tenaga yang lebih tinggi.

    Di bawah undang-undang yang dicadangkan daripada Suruhanjaya Eropah, pembungkusan harus diminimumkan dan sama ada boleh di kitar semula atau boleh diguna semula, dengan sasaran khusus ditetapkan untuk 2030 dan2040.

    Penggubal undang-undang EU berkata, mereka mahu melihat pengguna tidak lagi menggunakan beg plastik ultra nipis di pasar raya dan digalakkan untuk membawa bekas mereka sendiri ke kedai makanan segera dan tempat minum kopi.

    Mereka dan suruhanjaya itu juga ingin melihat penghapusan bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam pembungkusan.

    “Tiada dasar kitar semula atau guna semula yang berkesan tanpa pembungkusan yang selamat, itulah sebabnya larangan menambah bahan kimia berbahaya dengan sengaja adalah kemenangan besar untuk kesihatan pengguna Eropah,” kata ketua penggubal undang-undang utama mengenai isu itu di parlimen, Frederique Ries. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...