AMERIKA SYARIKAT, 2 JULAI – Teleskop angkasa Euclid Eropah dilancarkan kelmarin, memulakan misi pertamanya untuk memberi penerangan mengenai dua misteri terbesar alam semesta: tenaga gelap dan jirim gelap.
“Percayalah, saya sangat bersemangat, saya sangat gembira untuk melihat misi itu di angkasa lepas,” kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Eropah (ESA), Josef Aschbacher selepas pelancaran. – AFP
