Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Seramai 22 orang anak yatim yang merupakan pelajar Tahun 11 yang akan menduduki Peperiksaan BGCE O Level tahun depan di Sekolah Menengah Berakas (SMB) menerima sumbangan khas daripada bekas pelajar Berakas English School (BES) 70an dan mantan guru-guru Ex BES Golf Claasic, hari ini.
Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Dewan Jabatan Bomba, Lapangan Terbang Antarabangsa di mana penyampaiannya disempurnakan oleh Pengerusi Permainan Ex BES Golf Claasic, Haji Aminuddin bin Haji Mohd Ali dan diterima oleh Pengetua SMB, Alexlander Bandang.
Sumbangan berkenaan adalah sempena akhir tahun dan penutup jubli emas 50 tahun SMB ke-50.
Majlis juga bersempena permainan golf persahabatan akhir tahun antara mantan pelajar dan guru BES yang diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan Ex BES.
Pada majlis itu, Yang Di-muliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah turut menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta.
