Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    EXCO FABD baharu digesa tingkatkan peranan, komitmen

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD) yang baru dilantik perlu memainkan peranan dengan berkesan dalam menerajui bidang tugas di samping memberi komitmen untuk membantu memudahkan segala perancangan dan hala tuju yang konkrit dan efisien.

    “Semua ahli EXCO perlu melaksanakan tanggungjawab yang terbaik untuk meningkatkan dan memajukan bola sepak di negara ini. Oleh itu, kita semua adalah pemegang dan pelaksana amanah,” jelas Presiden FABD, Haji Feisal bin Haji Mohammad Eusoff, semasa Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Rumah FABD, Berakas, pada 26 Januari lalu.

    Haji Feisal berkata mesyuarat itu adalah detik permulaan semua ahli untuk mengutarakan perbincangan secara terbuka dengan semangat sebagai sebuah keluarga besar atas prinsip EXCO yang bercita-cita tinggi.

    Menurutnya lagi, para ahli bersama mampu menyatupadukan buah fikiran yang positif, bernas dan berfaedah ke arah membentuk penyelesaian dan formula yang akan dapat mendorong FABD dan bola sepak negara ke hadapan.

    Beliau menekankan supaya semua ahli bersama-sama berganding bahu dan berusaha dengan ikhlas dan jujur ke arah kecemerlangan dan mempertahankan prinsip-prinsip tadbir urus yang terbaik.

    Beliau yakin segala cadangan dan formula yang dibentangkan telah diambil kira dan menjadi landasan yang kuat untuk membawa FABD ke satu era yang diharapkan termasuk pihak yang berkepentingan, para pemain dan peminat bola sepak, serta seluruh masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang ingin melihat bola sepak mencapai era kegemilangan.

    Mesyuarat juga menyaksikan lantikan jawatankuasa tetap yang diharapkan semua ahli akan dapat membantu bagi memudahcara untuk kelancaran segala program dan aktiviti FABD.

    Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Agung FABD, Awang Ahmad Za’eem bin Omarali, dan juga dihadiri oleh Timbalan Presiden, Haji Mahrub bin Haji Murni.

    Presiden FABD bergambar ramai dengan jemaah EXCO FABD. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...