Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ezzaty Abdullah menanti hari bersalin

    Dalam diam pelakon Malaysia, Ezzaty Abdullah kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudahpun memasuki sembilan bulan.

    Tidak banyak berkongsi tentang kehamilan kali ini, Ezzaty, 34, memberitahu dia lebih selesa memaklumkan kepada umum selepas melahirkan anaknya itu nanti.

    “Rasa malu pun ada nak kongsi hamil anak ketiga. Bukan macam anak pertama dahulu yang terlalu teruja. Yang mana nampak tahulah saya sedang hamil.

    “Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin. Insya-Allah selepas bersalin nanti kami akan kongsikan,” katanya kepada mStar.

    Ezzaty sebelum itu memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anak-anak yang menampakkan baby bump.

    Ezzaty dan Azwan menanti hari sambut kelahiran anak ketiga. – mStar

    Bercakap tentang tempoh hamil kali ini, kata Ezzaty ia lebih sukar berbanding dua anaknya.

    “Awal kehamilan saya sakit dan alahan teruk. Sakit yang tak boleh nak saya gambarkan. Mungkin Allah uji sebab anak pertama dan kedua terlalu enjoy hamil.

    “Mungkin awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Selepas empat bulan hamil barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan berehat.

    “Rasa gementar pun ada juga. Perasaan macam nak sambut anak pertama dahulu,” ujarnya.

    Tambah Ezzaty dia dan suami iaitu pelakon Azwan Kombos tidak melakukan pemeriksaan jantina anak mereka kerana mahukan kejutan.

    “Dari segi persiapan kami beli barang tema putih sahaja. Sesuai untuk anak damit lelaki atau perempuan. Kami mahukan kejutan dan tak buat pemeriksaan jantina,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda