Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    FABD berisiko digantung FIFA, AFC

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Berikutan isu yang terjadi baru-baru ini dalam Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) berhubung dengan pemecatan Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd Salleh, badan induk bola sepak negara, FABD kini berisiko digantung oleh FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

    Perkara itu adalah berikutan tugas yang digalas oleh Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung dan pemecatan Setiausaha Agung FABD, pada Rabu lalu yang mungkin disifatkan sebagai campur tangan.

    Dalam sidang media yang diadakan semalam di Rumah FABD, Pengiran Haji Matusin berkongsi, “Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengambil tindakan yang menyebabkan saya dan Setiausaha Agung FABD tidak boleh terlibat dalam sebarang urusan bola sepak di negara ini.”

    Sebagai badan induk negara yang menganggotai FIFA dan AFC, beliau menjelaskan, “Kami mempunyai mandat sendiri dalam menguruskan persatuan tanpa campur tangan pihak lain terutamanya daripada kerajaan.

    “Oleh itu apabila saya dan Setiausaha Agung menerima surat daripada ROS bahawa jawatan kami telah digugurkan dalam persatuan, adalah menjadi hak FABD untuk melaporkan perkara ini kepada FIFA dan AFC. FIFA dan AFC kemudian menghubungi ROS menyatakan bahawa tindakan sedemikian tidak boleh diterima oleh FIFA dan AFC.”

    Pengiran Haji Matusin semasa berucap pada sidang media tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Antara yang hadir pada sidang media tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    Pada masa yang sama, beliau menambah, “Kita sepatutnya mengadakan kongres dan pemilihan. Wakil FIFA, AFC dan AFF telah bersedia untuk datang ke Brunei untuk menghadiri kongres tersebut.

    “Nama mereka yang akan tiba telah diterima dan pengaturan telah dibuat bagaimanapun FIFA dan AFC telah menasihatkan supaya kongres itu ditangguhkan.”

    Beliau berkongsi surat yang dihantar kepada FABD oleh FIFA dan AFC dalam satu kenyataan bersama.

    Surat itu dihantar melalui e-mel kepada Setiausaha Agung.

    Pengiran Haji Matusin membacakan surat tersebut yang menyatakan bahawa ROS memberikan arahan untuk memecat Presiden FABD tanpa memberikan sebab atau notis.

    Mengambil kira seriusnya perkara ini dan impak proses pemilihan semasa, FIFA dan AFC berpendapat bahawa pemilihan ahli kongres baharu FABD yang dijadualkan pada 18 November 2023 harus segera ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

    “Seperti yang dinyatakan dalam surat kami pada 9 November 2023, kami ingin mengingatkan awda mengenai prinsip dan keperluan undang-undang FIFA dan AFC yang mana FABD perlu menguruskan urusannya secara bebas daripada campur tangan politik yang tidak patut atau pengaruh pihak ketiga dengan merujuk kepada artikel 14.1 dan 19.1 Perlembagaan FIFA dan 10.1 dan 15.4 Perlembagaan AFC,” jelas Pengiran Haji Matusin.

    Beliau menambah, “Kami ingin meminta FABD menyampaikan surat ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan dengan meminta mereka memberikan FIFA dan AFC sebelum 21 November 2023 justifikasi yang sah terhadap pemecatan presiden dan Setiausaha Agung FABD.

    Jika tiada justifikasi yang sah diberikan kepada FIFA dan AFC sebelum tarikh tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menganggap pemecatan yang didakwa sebagai percubaan campur tangan pihak ketiga yang tidak wajar dan pelanggaran terhadap artikel di atas.”

    Dalam kes pelanggaran sedemikian, FABD mungkin perlu digantung mengikut artikel 16 statut FIFA yang mengakibatkan FABD kehilangan semua hak keahliannya seperti yang ditakrifkan dalam artikel 13 statut FIFA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...