Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Julkarnain juara Beyblade X Attack Flat

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Julkarnain bin Haji Husin dari Pasukan Santai Aja Bladerz berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah telefon bimbit setelah muncul juara dalam pertandingan Beyblade X Attack Flat anjuran Jakusha Bladers yang diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

    Sementara itu, Haji Rosaimi bin Haji Lamit dari Pasukan Ghostbeys merangkul tempat kedua sekali gus membawa pulang hadiah air purifier, manakala di tempat ketiga disandang oleh Muhammad Syafiq @Rafiq bin Abdul Hamid dari pasukan GB.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers ketika ini berjaya memperoleh 90 mata diikuti Pasukan Underground Beys dengan 56 mata, Pasukan Santai Aja Bladerz mengutip 53 mata, manakala Pasukan Ghostbeys memperolehi 43 mata dan Beyblade Madness dengan tujuh mata.

    Permainan sukan gear Beyblade Xtreme itu semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai bagi semua peringkat umur di negara ini yang sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain Beyblade.

    Antara aksi pemain semasa pertandingan tersebut di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...