Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fadhilah Intan lebih popular di Malaysia

    Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

    Itulah peribahasa tepat bagi menggambarkan situasi penyanyi dari Indonesia, Fadhilah Intan, 25, yang meraih populariti sekelip mata selepas lagu Dawai dendangannya mencetuskan fenomena sejak tahun lalu.

    Tidak pernah menjangka lagu yang dijadikan runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah itu memberi kelebihan buatnya, namun Fadhilah tetap bersyukur nama dan vokal dimiliki mengundang perhatian ramai.

    Justeru, atas kesempatan dimiliki dan sebagai membalas sambutan hangat diberikan peminat, penyanyi kelahiran Surabaya, Indonesia itu akan terus berkarya bagi memastikan dirinya terus kekal relevan.

    Berkongsi maksud tersirat di sebalik lagu yang disifatkan mampu menyentuh emosi itu, Fadhilah berkata ia adalah gambaran kepada jalan cerita filem bergenre drama Air Mata Di Ujung Sajadah di mana watak utamanya berdepan momen menyedihkan dalam hidup.

    “Lagu Dawai ini sebenarnya menceritakan mengenai filem Air Mata Di Ujung Sajadah. Tapi, perkataan dawai membawa maksud tali gitar.

    “Kalau lihat bait lirik lagu memberi maksud kehidupan ini tidak akan selalunya senang, bahkan ada ketika masalah akan muncul. Setiap orang mempunyai masalah masing-masing, jadi dengan lagu secara tidak langsung mengajar untuk terus kuat dalam menempuh apa sahaja cabaran,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Fadhilah mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia berbanding negara kelahirannya kerana sambutan diterima disifatkan berbeza.

    Fadhilah atau nama sebenarnya, Fadhilah Intan Pramita Sari berkata lagu Dawai sememangnya memberi impak positif terhadap kerjaya nyanyian sehingga mampu meraih populariti di Malaysia. – Agensi

    Fadhilah mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia berbanding negara kelahirannya. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...