Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    FAM kaji SOP penonton di stadium, perketat kawalan keselamatan

    KUALA LUMPUR, 2 OKT – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.

    Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata walaupun Malaysia mempunyai kawalan keselamatan yang baik di stadium, langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelakkan insiden di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut ratusan nyawa itu, daripada berlaku di negara ini.

    Selain itu, beliau berkata FAM turut akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penyokong ke dalam stadium.

    “Memang kami di pihak persatuan (FAM) dan jawatankuasa keselamatan sentiasa berhati-hati. Saya sendiri yakin dengan jawatankuasa keselamatan FAM di bawah Datuk Seri Hazani Ghazali melaksanakan tugas mereka selama ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Menurut laporan media, insiden di Stadium Kanjuruhan itu tercetus apabila penyokong Arema FC merusuh selepas pasukan mereka tewas 3-2 ke atas Persebaya Surabaya dan setakat ini dilaporkan 174 maut manakala 180 lagi cedera. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda