Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Fasha tak tamak, tolak 15 tawaran lumayan

    Bukan mengejar wang ringgit semata-mata, namun pelakon Malaysia popular, Fasha Sandha enggan bersifat tamak dalam menerima tawaran menjadi duta produk.

    Justeru, Fasha berkata, dia tak kisah menolak lebih 15 tawaran beberapa syarikat terkemuka.

    Fasha berkata, dia terpaksa menolak tawaran walaupun ada syarikat yang memberikan tawaran lebih tinggi, namun atas faktor syarikat berkenaan menjual produk sama di pasaran.

    Katanya kepada BH online, dia akan memberi sepenuh tumpuan dan tidak mahu menerima tawaran lain syarikat yang menawarkan produk sama apabila sudah diberi tanggungjawab sebagai duta produk.

    “Saya bukannya seseorang yang fikir berkaitan duit semata-mata.

    Fasha bukannya fikirkan duit semata-mata. – rotikaya

    “Saya terima tawaran jadi duta kerana hargai produk berkenaan. Saya fikir kegunaan dan manfaat untuk saya kongsi dengan pengikut,” katanya yang kini mempunyai 5.3 juta pengikut dalam laman Instagram.

    Fasha berkata, dia juga tidak menolak perancangan menjadi usahawan pada masa depan mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya seperti Neelofa dan Nur Fazura yang kini bergelar jutawan.

    Namun, katanya, masa belum tiba kerana amat sibuk dengan kerjaya lakonan, sambil menjadi duta produk tempatan.

    “Saya belum bersedia untuk memperlahankan rentak dalam bidang lakonan. Sekiranya mahu berniaga atau nak buat produk kena ada masa yang banyak dan kena fokus kepada bisnes.

    “Saya masih aktif, tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jadi, saya fokus dalam lakonan dan jadi duta cari pengalaman dulu.

    “Jika kalau ada rezeki, insya-Allah,” kata Fasha ketika ditemui selepas majlis pelancaran kedai tekstil Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...