Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin anggap tular kisah peribadi tiada manfaat

    Semenjak bergelar duda, apa sahaja mengenai kisah peribadi pelakon Fattah Amin akan menjadi perhatian sehingga tular di media sosial.

    Bagaimanapun Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia sebenarnya kurang selesa hal peribadinya diberi tumpuan kerana merasakan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang lain.

    Sebaliknya Fattah berharap kisah disebarkan tentang dia bersifat positif dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai.

    “Saya kalau boleh tak mahulah jual cerita peribadi yang tiada manfaat kepada orang ramai.

    “Kalau boleh biarlah benda yang mendatangkan positif dan boleh dijadikan iktibar kepada pembaca. Tak naklah tular disebabkan benda mengarut,” katanya kepada mStar.

    Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang kelmarin.

    Pun begitu, Fattah tidak cepat melatah apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan kerana itu adalah harga perlu dibayar apabila bergelar seorang selebriti.

     “Saya rasa itu harga yang perlu dibayar apabila jadi seorang selebriti yang diberi perhatian.

     “Maksudnya apa sahaja yang dibuat akan ada orang beri perhatian,” ujarnya. – Agensi

    Fattah mahu dirinya tular dengan kisah yang positif. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda