Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Favre dilantik sebagai jurulatih baharu Nice

    NICE, PERANCIS, 28 JUN – Bekas jurulatih Borussia Dortmund, Lucien Favre dilantik sebagai pengurus kelab Ligue 1, Nice, kelmarin, bagi menggantikan Christophe Galtier, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain.

    “Christophe Galtier tidak lagi mengendalikan pasukan pertama Nice,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Nice.

    Favre, warga Switzerland berusia 64 tahun, yang tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak sejak dipecat oleh Dortmund pada Disember 2020, mengawasi sesi latihan kelab ketika skuad Nice kembali daripada cuti musim panas.

    “Kembali semula berasa istimewa. Saya terus berhubung dengan ramai orang. saya ditawarkan oleh sebuah kelab tetapi tidak lama kemudian, Nice pun tiba, jadi saya berkata bahawa saya akan pergi ke sana,” kata Favre semasa sidang media tersebut.

    “Apa yang pemilik kelab lakukan adalah sesuatu yang menarik kerana apa yang mereka ingin capai adalah sesuatu yang besar,” katanya lagi.

    Lucien Favre semasa berucap pada sidang media yang berlangsung di Nice, Perancis. – AFP

    “Dua tahun akan datang, Nice mesti mendapatkan kemajuan, membuat keputusan yang terbaik dalam jendela perpindahan dan menamatkan saingan di tempat tiga teratas, dan banyak lagi.

    “Awda harus memberitahu perkara sebenar, itulah matlamatnya. Di bidang sukan lain, Ineos adalah nombor satu,” kata Favre.

    Favre menghabiskan masa dua tahun sebagai jurulatih Nice antara 2016 hingga 2018, mengetuai kelab tersebut untuk meraih tempat ketiga ketika musim pertamanya dan melepasi pusingan kelayakan di Liga Juara-Juara.

    “Saya berasa gembira kerana Lucien Favre menyertai kami,” kata pengerusi Ineos, Jim Ratcliffe.

    “Dia adalah seorang jurulatih yang berpengalaman dan berjaya di Bundesliga serta semasa bersama Nice. Dia mendapat penghormatan dan disanjung di mana sahaja,” katanya.

    Sementara itu, presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan pada minggu lalu bahawa kelabnya dalam perbincangan bersama Galtier mengenai mengambil alih jawatan Mauricio Pochettino. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...