Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Fernandinho kembali ke Athletico Paranaense

    SAO PAULO, 28 JUN – Bekas kapten Manchester City, Fernandinho kembali ke kelab pertamanya dan menandatangani perjanjian bersama Athletico Paranaense, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Brazil tersebut, kelmarin.

    Pemain tengah berusia 37 tahun, meninggalkan Manchester City pada penghujung musim lalu selepas karier gemilang selama sembilan tahun di England, telah menandatangani kontrak selama dua tahun setengah.

    “Ia adalah satu kepuasan untuk dapat kembali ke halaman sendiri, mengetahui bahawa saya dapat menggunakan pengalaman yang dicapai dalam beberapa tahun bermain di Eropah,” kata Fernandinho semasa sidang media ketika mendedahkan dia kembali ke bandar selatan Curitiba.

    Dia dilahirkan di bandar Curitiba, negeri Parana. Fernandinho memulakan karier bola sepaknya di Athletico sebagai seorang pemain remaja pada 2002 sebelum berpindah ke Ukraine untuk menyertai Shakhtar Donetsk pada 2005.

    Selepas lapan tahun bersama Donetsk, dia berjaya memenangi enam kejohanan liga Ukraine, empat piala dan Piala UEFA, kejuaraan utama di Liga Europa pada 2009, sehingga menarik perhatian kelab City.

    Pada masa itu, dia sudah pun menjadi pemain antarabangsa Brazil dan memenangi lebih banyak kejohanan dalam 50 penampilannya, membantu pasukan kebangsaan Brazil melangkah ke Piala Amerika pada 2019 dan beraksi dalam dua kejohanan Piala Dunia.

    Ketika bersama Manchester City, dia berjaya menjuarai lima kejohanan Liga Perdana, Piala FA, enam Piala Liga dan beraksi dalam Liga Juara-Juara tahun lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Fernandinho meraikan gol keempat pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leeds United dan Manchester City, 30 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...