SEOUL, 2 Nov – Lebih separuh pelawat asing didapati mengunjungi Korea Selatan akibat terkesan dengan gelombang fenomena ‘hallyu,’ yang merujuk kepada budaya popular negara itu seperti drama, K-Pop dan filem, menurut satu tinjauan lapor agensi berita Yonhap.
Tinjauan Pertubuhan Pelancongan Korea membabitkan 3,199 pelawat yang membuat tempahan penerbangan sahaja atau penerbangan berserta penginapan dan tinjauan kemudian menjurus kepada pelancong dari lapan negara – China, Jepun, Amerika Syarikat, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Hasil tinjauan yang dilaksanakan bermula penghujung tahun lepas hingga awal tahun itu mendapati, sejumlah 55.6 peratus memilih Korea Selatan selepas menonton drama dan filem sementara 36.8 peratus lagi tertarik setelah menonton program pengembaraan. – Bernama