Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival tanglung meriah di Belait

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 24 SEPT – Dengan tanglung kertas kecil berwarna-warni menerangi langit malam, ahli Persatuan Foochow Belait dan ahli keluarga serta rakan-rakan berkumpul untuk meraikan sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh pada 22 September lalu.

    Pengerusi penganjur perayaan, Law Siew Fong menekankan bahawa perjumpaan semula itu merupakan tradisi yang disambut oleh persatuan setiap tahun.

    “Festival Pertengahan Musim Luruh adalah salah satu daripada banyak perayaan yang kami nantikan setiap tahun, kerana ia ditandai dengan kesyukuran dan kegembiraan selain menikmati juadah kuih bulan dan bermain tanglung tradisional,” tambahnya.

    Pada majlis itu, pelbagai aktiviti dan permainan menyeronokkan telah dianjurkan termasuk nyanyian lagu puisi berkaitan dengan perayaan, perarakan tanglung mengelilingi kawasan dan pertandingan membuat tanglung, dengan pemenang tanglung buatan tangan terbaik menerima hadiah pada acara itu.

    Seorang bapa bersama anaknya melihat dan memilih tanglung buatan tangan semasa pertandingan tanglung sempena festival tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang tanglung buatan tangan terbaik. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir pada acara tersebut bergambar ramai. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda