RIOBAMBA, Ecuador –Selepas bertahun-tahun fesyen baju gaya Barat menguasai fesyen di negara ini, kini fesyen pribumi Ecuador muncul semula, berkat hasil usaha daripada seorang pereka fesyen muda yang mengembalikan semula fesyen-fesyen pakaian tradisional.
“Kini giliran kami pula!” kata Juana Chicaiza, pengasas agensi pemodelan ‘Awkis y Nustas’ – ‘Princes and Queens’ dalam bahasa Quechua.
Beliau kini mengajar anak-anak muda di sana bagaimana untuk menggayakan ‘anaco’ iaitu skirt tradisional masyarakat Andean, dan memperagakannya di atas pentas peragaan.
Seorang bekas ratu cantik yang mempunyai rambut hitam panjang – seorang anggota daripada puak asli Puruha – telah mengejek salah seorang peserta pertandingan kerana telah memburukan standard pakaian tradisionalnya itu.
Pengalaman itu memberi inspirasi kepada pereka berusia 32 tahun itu, yang telah membuka agensinya pada tahun 2013 dan kini ‘memperteguhkan identiti’ masyarakat Puruha di pentas peragaan, di mana model-model pada masa ini sedang memakai pakaian campuran ‘Barat dan nenek moyang mereka.’


Agensi-agensi dari Amerika Latin pada umumnya mencari model-model yang cantik, bentuk badan yang menawan dan ciri-ciri tertentu, kata pereka tersebut kepada AFP.
“Kami tidak mencari itu,” kata Chicaiza. “Kami sedang mencari wanita yang mempunyai watak.”
Di Ecuador, penduduk pribumi membentuk 30 peratus daripada 16.5 juta keseluruhan penduduk, menurut organisasi yang mewakili mereka. Tetapi ramai daripada penduduk tidak mengiktiraf diri mereka seperti berikut: rekod banci rasmi yang mengatakan penduduk pribumi negara itu hanya merangkumi tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan.
Seperti Chicaiza, pereka fesyen juga berusaha untuk membantu mereka dengan memperbaharui hasil warisan budaya mereka.
Lucia Guillin dan Franklin Janeta, yang juga salah seorang ahli kumpulan etnik Puruha, telah melancarkan label fesyen pribumi masing-masing, Churandy dan Vispu.
“Pakaian Puruha kami telah hilang dan generasi muda telah mula berpakaian fesyen gaya Barat,” kata Guillin.
Hasil dari barisan rekaannya, termasuklah baju dan skirt dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan buatan tangan dengan anggaran harga bermula dari AS$150 sehinggalah AS$800.
Item barangan yang paling mahal selalunya akan disulam dengan batu-batu permata dan sulaman tangan yang halus, yang menyasarkan untuk para pengantin atau pertandingan ratu cantik.
Para pereka menggunakan alat perhiasan dan simbol-simbol tradisional, seperti bunga atau matahari, tetapi kini beransur-ansur kepada corak yang lebih moden dan kontemporari.


“Tidak ada fesyen ‘low-cut necklines, mahupun lengan pendek,” kata Janeta. “Saya bertanya pada diri sendiri, ‘Bagaimana jika kita mengubahnya?’ Kerana gadis-gadis muda pada masa ini cenderong kepada stail fesyen moden.”
Guillin, bagi pihaknya, telah berjaya meyakinkan para wanita di sana untuk memakai skirt ana-co, dengan diberi nafas baru, termasuklah fesyen stail seperti potongan ‘mermaid’, ‘trains’, ‘flaring’ dan ‘slide-slits’, katanya.
“Kita mesti menghentikan idea-idea yang pernah digayakan oleh masyarakat India,” katanya. “Jika kita meneruskannya, kita juga akan kehilangan budaya kita.”
Menurut Janeta, beliau berhasil membuat jualan sebanyak AS$12,000 sebulan dan para pelanggan mula memahami nilai pakaian buatan tangan.
“Kami mengajar para penduduk bagaimana untuk membezakan kualiti yang berbeza,” katanya. “Sebelum ini, penjualan bagi sehelai blaus berharga AS$60 adalah sukar, namun kini tidak lagi. Mereka sanggup membeli sehingga AS$400 untuk sehelai korset.”
Generasi baru usahawan pribumi ini juga termasuklah Esther Miranda, Jose Mullo dan Jacqueline Tuquinga – juga telah melancarkan jenama minyak wangi mereka iaitu (Memory, in Quechua). Pereka-pereka ini juga telah membuat sasaran bagi pengguna-pengguna di Barat sebagai satu potensi terbesar.
“Oleh kerana jenama kami berada di Quechua, orang berfikir ia hanya untuk komuniti kami,” kata Miranda. “Tetapi kami ingin memperluaskannya hingga ke pasaran dunia.” – AFP