Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA akan dedah venue akhir Piala Dunia 2026

    MIAMI, 2 FEB – FIFA akan mengumumkan bandar mana yang akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia 2026 apabila mereka mendedahkan butiran jadual untuk kejohanan 48 pasukan yang pertama pada Ahad.

    Kejohanan itu akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico dan FIFA juga akan mengumumkan lokasi mana yang akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan kejohanan itu.

    Dallas telah dilaporkan menjadi pilihan untuk meraih perlawanan besar itu, yang akan diadakan pada 19 Julai dengan beberapa laporan media menunjukkan AT&T, rumah pasukan NFL Dallas Cowboys dijangka akan dipilih untuk sebagai hos.

    Tetapi Stadium MetLife, tempat asal pasukan NFL New York Giants dan New York Jets, juga telah berusaha keras untuk mendapatkan hak bagi mengadakan perlawanan terbesar permainan itu di New Jersey.

    Los Angeles juga dianggap sebagai pilihan bandar itu telah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia kali terakhir kejohanan itu diadakan di AS pada 1994 apabila Brazil menewaskan Itali menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan di Rose Bowl di Pasadena.

    Rose Bowl bukanlah lokasi tuan rumah untuk kejohanan 2026 dengan perlawanan di Los Angeles dijadualkan untuk Stadium SoFi, sebuah stadium NFL yang lain, di mana Rams dan Chargers beraksi dan juga pesaing untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda