Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA perintah Cardiff bayar Nantes yuran Sala

    LAUSANNE, 30 JUN – FIFA telah mengarahkan Cardiff untuk membayar Nantes baki bayaran bagi Emiliano Sala, yang terkorban dalam nahas kapal terbang sebelum dia bermain untuk pasukan Wales tersebut, kata peguam kelab Perancis itu hari ini.

    Peguam itu berkata, Tribunal Bola Sepak FIFA telah memutuskan bahawa Cardiff ‘perlu membayar’ lebih 11 juta euro bersamaan dengan dua ansuran terakhir yuran 17 juta euro yang dipersetujui antara kedua-dua kelab.

    Cardiff juga perlu membayar faedah ke atas yuran dan 25,000 dolar dalam kos prosedur, menurut keputusan itu, yang diperoleh AFP.

    Sala, penyerang Argentina berusia 28 tahun, meninggal dunia apabila pesawat ringan yang dalam perjalanan ke ibu negara Wales itu terhempas di Channel pada 21 Januari 2019, dua hari selepas dia menandatangani kontrak untuk pasukan Liga Perdana ketika itu.

    “FC Nantes gembira dengan kemenangan terbaharu ini di hadapan FIFA. Hak kelab telah disahkan. Kami berharap selepas empat tahun proses ini, Cardiff City FC akhirnya akan mematuhi komitmen kewangannya dan menghentikan tindakan perbicaraan yang berterusan,” kata peguam Jerome Marsaudon dan Louis-Marie Absil kepada AFP. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda