Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Filipe Luis gantung kasut

    RIO DE JANEIRO, 1 DIS – Bekas pertahanan Brazil, Filipe Luis kelmarin mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak pada usia 38 tahun.

    Musim bek kiri itu bersama Flamengo telah terganggu oleh kecederaan yang menyebabkannya tidak banyak beraksi dalam Liga Brazil.

    Filipe Luis membuat kemunculan sebanyak 44 kali dengan Brazil, menjaringkan dua gol.

    Beliau membuat penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan menentang Venezuela pada 2009 dan merupakan sebahagian daripada skuad Brazil yang tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2018 serta menjadi juara Copa America setahun kemudian.

    Beliau bermain selama 14 musim di Eropah, menyertai Atletico Madrid antara 2010 hingga 2014 dan 2015 hingga 2019, memenangi La Liga pada 2014, dua Liga Europa (2012, 2018), Piala Sepanyol (2013) dan tiga Piala Super Eropah (2010, 2012, 2018).

    Sekembalinya ke Brazil, Filipe Luis memenangi dua kejuaraan liga kebangsaan bersama Flamengo (2019, 2020) serta dua Copa Libertadores (2019, 2022). – AFP

    Filipe Luis mengawal bola semasa perlawanan suku akhir kedua Copa Libertadores di stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil pada 9 Ogos 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...