Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tze Yong tumpu latihan lebih intensif perbaiki prestasi

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengubah gaya latihan yang lebih intensif dalam usaha memperbaiki prestasinya untuk menghadapi kejohanan badminton musim depan.

    Pemain di kedudukan ke-15 dunia itu berkata beliau kini menjalani latihan sekurang-kurangnya enam jam sehari bagi mengatasi masalah sukar untuk mengekalkan konsistensi ketika perlawanan.

    Beliau berkata perkara itu perlu demi memastikan beliau mampu mengekalkan ranking untuk berada di kedudukan terbaik dunia sekali gus merebut slot Sukan Olimpik Paris 2024.

    “Saya rasa saya harus lebih konsisten, sebab kadangkala saya masih boleh menang, jadi pemain terbaik, kemudiannya permainan berikutnya saya kalah pula. Saya perlu konsisten,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

    Pemain kelahiran Johor itu bagaimanapun berpuas hati dengan pencapian yang diraih sepanjang musim 2023 ini.

    Tahun ini, Tze Yong mempamerkan peningkatan prestasi memberangsangkan pada kejohanan yang disertai apabila tujuh kali berjaya melayakkan diri ke suku akhir, dua kali mara ke separuh akhir dan sekali muncul naib juara di Terbuka Artik di Vantaa, Finland.

    Beliau pada masa sama berjaya menewaskan beberapa orang pemain utama termasuk pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark pada pusingan kedua Seluruh England, Mac lepas. – Bernama

    Tze Yong ketika beraksi di pertandingan bulu tangkis Terbuka Hong Kong 2023 di selatan China, Hong Kong, pada 14 September. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...