Wednesday, December 25, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina wajibkan pendaftaran kad SIM

    MANILA, 10 OKT – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos hari ini menandatangani rang undang-undang yang mewajibkan pengguna telefon bimbit memberikan butiran peribadi apabila membeli kad SIM, satu peraturan bertujuan memerangi penipuan teks pesanan.

    Rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres dalam September selepas satu peruntukan kontroversi memerlukan pengguna media sosial mendaftarkan nama sebenar dan nombor telefon mereka digugurkan.

    Bekas presiden Rodrigo Duterte menolak rang undang-undang asal selepas pengkritik mengatakan pendaftaran bagi media sosial adalah satu bentuk pemantauan negara.

    Filipina berada pada ranking pengguna media sosial paling banyak di dunia dan negara itu sudah menjadi medan utama bagi berita mengelirukan atau palsu.

    “Kita akhirnya akan mencapai apa yang sudah lama diperlukan – satu langkah berkesan mengawal atur pengeluaran kad SIM dalam usaha mengekang mesej teks spam dan penipuan,” kata Marcos, menandatangani undang-undang pertamanya sejak mengambil alih kuasa dalam Jun.

    Di bawah undang-undang baharu itu, pengguna telefon bimbit yang menggunakan kad pra-bayar, perlu menunjukkan kad pengenalan dan melengkapkan borang pendaftaran dengan butiran peribadi mereka yang akan disimpan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda