MARSEILLE, 26 Feb – Jo-Wilfried Tsonga (gambar) menewaskan Nick Kyrgios dari Australia 7-6 (7/5), 2-6, 6-4 semalam untuk mara ke final Kejohanan ATP Marseille dan akan bertemu dengan pesaing dari Perancis, Lucas Pouille.
Kemenangan di final itu akan bermakna kejayaan pertama berturut-turut bagi Tsonga dalam kerjaya ATP dan menandakan aksi kembali sebenar ke dalam rentak terbaik bagi finalis suku akhir Terbuka AS 2016 itu.
Minggu lalu, Tsonga telah memenangi gelaran Rotterdam, di mana dia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan David Goffin dari Belgium.
“Saya berada dalam prestasi tertinggi sekarang,” kata Tsonga. “Saya melakukan apa yang perlu saya lakukan, ia adalah tenis yang hebat.”
Kyrgios menyaksikan servisnya ditewaskan pada kedudukan 5-4 bagi set tersebut dan ketingalan 7-5 dalam ‘tie breaker’ bagi set pertama.
Pemain dari Australia yang kadangkala meragam itu adalah juara bertahan dan kembali memenangi set kedua 2-6, tetapi Tsonga memenangi set akhir dengan 6-4.
“Saya mahu menunjukkannya bahawa saya berada di sana bagi setiap pukulan,” kata Tsonga, yang akan melonjak ke kedudukan kelapan dalam ranking ATP dunia. Pouille menyingkirkan seorang lagi pemain dari Perancis, Richard Gasquet, 7-5, 6-3 dan mendahului 5-0 pada set kedua.
Pouille dan Tsonga hanya bertemu sekali dalam kejohanan, Tsonga menang di atas gelanggang permukaan tanah liat di Monaco pada musim lalu.
“Jo kembali dalam rentak dan saya gembira untuk menentangnya esok. Saya perlu melakukan servis dengan baik untuk menewaskannya,” kata Pouille. – AFP