Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Finland bakal sertai NATO sebelum Sweden

    STOCKHOLM, 14 MAC – Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata hari ini Finland berkemungkinan akan menyertai NATO sebelum Sweden ketika bidaan Stockholm terus berdepan tentangan hebat dari Ankara.

    Kristersson memberitahu pemberita bahawa dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Turkiye bersedia untuk meratifikasi bidaan Finland, tetapi masih mempunyai keraguan tentang Sweden, bermakna ia boleh meratifikasi tawaran Finland terlebih dahulu.

    Kedua-dua negara berkata mereka berharap untuk menjadi ahli pada sidang kemuncak NATO di Vilnius pada bulan Julai.

    Finland dan Sweden telah menggugurkan dasar ketidakselarasan tentera mereka selama berdekad-dekad dan memohon untuk menyertai pakatan itu pada Mei lalu susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

    Turkiye dan Hungary adalah satu-satunya anggota NATO yang masih meratifikasi bidaan mereka, yang mesti diterima oleh kesemua 30 anggota organisasi tentera sedia ada.

    Negara-negara Nordic menyelaraskan permohonan mereka dan sehingga tahap ini ahli NATO telah meratifikasi kedua-dua bidaan bersama.

    Ankara menangguhkan rundingan dengan Sweden kerana berang selepas protes pada Januari termasuklah menyaksikan Al-Quran dibakar di luar kedutaan Turkiye di Stockholm, tetapi rundingan di-sambung semula di Brussels pada 9 Mac.

    Turkiye telah menentang bidaan itu, menuduh Sweden khususnya menyediakan tempat selamat untuk apa yang dianggapnya sebagai pengganas, terutama ahli Parti Pekerja Kurdistan (PKK). – AFP

    Ulf Kristersson (kiri) dan Oscar Stenstroem, ketua perunding dalam proses NATO, semasa sidang media mengenai proses NATO di Stockholm. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...