HELSINKI, 2 JULAI – Finland secara rasmi mengambil alih jawatan presiden Majlis Negara Laut Baltik (CBSS) dari Jerman untuk tempoh setahun mulai 1 Julai 2023, Xinhua memetik pengumuman kerajaan Finland semalam.
Finland menyasarkan untuk menumpukan pada keselamatan menyeluruh, persediaan krisis dan daya tahan sebagai objektif utama, menurut kenyataan itu.
Program presidensi menekankan tiga keutamaan: mencipta kawasan yang selamat dan terjamin, mempromosikan kawasan yang mampan dan sejahtera serta memupuk identiti serantau.
Bagi memastikan CBSS dapat menangani keadaan yang sering berubah, kerajaan Finland menetapkan objektif untuk menyelesaikan dan melaksanakan reformasi yang telah
dipersetujui semasa Jerman menjadi presiden. – Bernama
