Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fiorentina menang dramatik

    MILAN, 2 Feb – Jaringan lewat Cristian Tello telah mengekalkan Fiorentina bagi merebut tempat ke Eropah dengan kebangkitan 2-1 dalam aksi Serie A.

    Pescara yang bermula dengan gigih telah mendapat gol pendahuluan seawal minir ke-15, apabilan Gianluca Caprari menyudahkan hantaran Cristiano Biraghi melepasi Marco Sportiello.

    Pescara menguasai perlawanan dalam masa yang lama tetapi nasib Fiorentina bertambah baik apabila Federico Chiesa keluar dari bangku simpanan di awal separuh masa kedua.

    Jaringan Khouma Babacar di minit ke-54 dibatalkan kerana ofsaid selepas penyerang Senegal itu menyumbat masuk bola yang melantus hasil percubaan Joisp Ilicic.

    Tetapi ia telah memberikan petanda amaran, dan La Viola meneruskan serangan sehingga berjaya menembusi gawang lawan 15 minit kemudian menerusi rembatan melencong Tello.

    Carlos Sanchez (kiri) berebut bola dengan pemain Pescara, Jean Cristophe Bahebeck dalam perlawanan Serie A antara {escara dan Fiorentina di Stadium Cornacchia. - AP
    Carlos Sanchez (kiri) berebut bola dengan pemain Pescara, Jean Cristophe Bahebeck dalam perlawanan Serie A antara {escara dan Fiorentina di Stadium Cornacchia. – AP

    Fiorentina mula menguasai perlawanan, tetapi apabila jaringan di saat akhir tiba, malah Fiorentina sendiri terkejut.

    Hantaran lintang Tello dari kiri melepasi semua orang di kawasan petak, dan malah melepasi penjaga gol Albano Bizzarri, menuju ke sudut bawah gawang bagi memastikan kemenangan dramatik.

    Kemenangan ketiga daripada empat perlawanan Fiorentina telah mengekalkan skuad Paulo Sousa di tangga ketujuh, 14 mata di belakang Juventus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda