SINGAPURA, 2 OKT – Sebuah firma yang dibelenggu skandal di Singapura menegaskan bahawa pihaknya masih berusaha untuk membeli Newcastle United, kata satu laporan hari ini, meskipun siasatan polis dan tuduhan mengatakan pihaknya telah memalsukan gambar semasa pertemuan pengasasnya dengan Barack Obama.
Bellagraph Nova Group, yang diasaskan oleh dua pengusaha Singapura dan rakan perniagaan China, mengumumkan pada bulan Ogos bahawa mereka sedang dalam perbincangan lanjutan untuk membeli pasukan Liga Perdana Inggeris itu.
Tetapi tawaran itu dibelenggu kontroversi mengenai tuduhan bahawa gambar dipalsukan untuk menunjukkan pertemuan ketiga-tiga mereka mereka dengan bekas presiden AS itu.
Polis juga sedang menyiasat sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan pengasas Singapura, sepupu Terence dan Nelson Loh, setelah sebuah firma perakaunan membuat laporan mengenai tandatangan yang tidak sah pada penyata kewangan kumpulan itu.
Pengasas syarikat itu, Evangeline Shen, bagaimanapun memberitahu BBC firma itu masih berusaha untuk meneruskan bidaan, yang dilaporkan bernilai AS$360 juta.
“Kami selalu berhubung dan kami masih sangat agresif dalam mencuba untuk mencapai perjanjian itu,” katanya, sambil menambah pasukan syarikat baru-baru ini bertemu dengan wakil pemilik Newcastle.
“Kami memulakan perancangan sebenar untuk kelab seperti siapa yang akan diambil sebagai jurulatih dan siapa yang akan menandatangani pemain,” tambahnya. – AFP