Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fizz Fairuz jawab tuduhan beli anugerah usahawan

    Pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak melatah apabila dituduh membeli trofi kemenangan Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023 yang berlangsung pada Isnin lalu.

    Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, tuduhan tersebut dilemparkan mungkin disebabkan perniagaan yang diusahakan tidak mendapat perhatian ramai memandangkan dia tidak dikenali sebagai usahawan.

    Bagaimanapun jelas Fizz, dia ada menjalani beberapa jenis perniagaan malah ada produk keluarannya berjaya sehingga ke luar negara.

    “Saya tahu ramai yang bertanya terutama di dalam TikTok yang saya ini berniaga apa sehingga diberikan anugerah. Saya sedar saya tidak terkenal macam Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ikuti setiap perkembangan.

    “Tapi anugerah yang saya terima ini diberikan oleh orang. Saya memang berniaga dan saya ada lima produk yang saya jual macam songkok, sambal dan produk kecantikan.

    “Sambal saya pun dah sampai ke Turkiye kalau nak tahu,” katanya. Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu.

    Berkongsi lebih lanjut, Fizz turut mengakui dia ada membaca beberapa komen daripada warganet namun tidak terasa hati dengan tuduhan tersebut.

    Malah selepas ini dia juga akan berkongsi mengenai perniagaannya dengan lebih kerap agar tuduhan seperti ini tidak berulang lagi.

    “Saya tak bercerita semua perkara dengan orang tapi saya tak berkecil hati dengan komen warganet. Selama saya dalam industri saya tak pernah sentap.” – Agensi

    Fizz terima Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda