Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fofana pertahanan baharu Foxes

    LONDON, 2 OKT – Leicester menandatangani pemain pertahanan Perancis, Wesley Fofana dari St Etienne hari ini dalam perjanjian bernilai 32 juta pound.

    Fofana bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Leicester setelah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengakhiri minat mereka kepada pemain tengah Burnley, James Tarkowski.

    Pemain berusia 19 tahun itu akan tiba di Stadium King Power tertakluk kepada pelepasan antarabangsa. “Saya sangat gembira berada di sini. Saya telah menyaksikan Leicester dengan teliti sejak mereka memenangi gelaran dan mereka adalah kelab teratas di EPL,” kata Fofana kepada laman web Leicester.

    “Saya tahu saya akan belajar banyak daripada pemain dan pengurus di sini, yang merupakan salah satu sebab utama saya datang. Saya tidak sabar untuk memulakannya.”

    Fofana menjadi pemain kedua menyertai Leicester selepas kedatangan pemain pertahanan antarabangsa Belgium, Timothy Castagne. Selepas kekecewaan kehilangan tempat di Liga Juara-Juara musim lalu, Foxes telah memulakan permulaan musim baharu menakjubkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda