Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fokus skuad projek Sukan Asia 2026

    KUALA LUMPUR, 2 OKT – Dua kejohanan antarabangsa pada awal tahun hadapan menjadi tugasan pertama skuad projek Sukan Asia 2026 lelaki dan wanita yang baharu dibentuk oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Julai lepas.

    Kejohanan itu adalah Kejohanan Hoki Remaja Asia 2021 di Dhaka, Bangladesh dari 21 hingga 30 Jan, manakala skuad wanita pula bakal menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Korea Selatan dari 31 Mac hingga 6 April.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan KHM Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata kedua-dua skuad berkenaan yang terdiri daripada 56 pemain termasuk 30 pemain wanita, dipilih daripada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak yang berakhir, baru-baru ini.

    “Purata umur skuad lelaki adalah 19.5 tahun, manakala skuad wanita adalah 21 tahun,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KHM di sini hari ini.

    Ahmad Najmi turut memaklumkan skuad lelaki yang terdiri daripada beberapa muka baharu, bakal menjalani latihan pusat serta pemilihan pemain dari 5 Okt hingga 20 Jan, 2021, manakala skuad wanita yang dibarisi pemain remaja dan senior kebangsaan, bakal memulakan latihan dari 5 Okt hingga 18 Dis, 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda