Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    foodpanda, The Manhattan FISH MARKET jalin kerjasama

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, foodpanda kini bekerjasama dengan The Manhattan FISH MARKET yang terkenal dengan makanan laut ala barat. The Manhattan FISH MARKET yang membuka cawangan pertamanya di Kiulap pada 15 Januari lalu adalah pakar dalam makanan laut ala Barat seperti ‘platter’ kegemaran orang ramai, pasta dan makanan lain.

    Dayang Haslinda binti Mohd Fauzi dari The Manhattan FISH MARKET menjelaskan bahawa hidangan berkenaan disediakan dengan lima jenis masakan iaitu ‘flamed’, ‘baked’, ‘poached’, ‘grilled’ dan ‘fried’ yang disertakan dengan sos herba bawang putih unik yang dibuat daripada herba yang wangi.

    Pengurus Penjualan dan Pemasaran foodpanda Brunei, Awang Nabil bin Ibrahim pula menjelas kan bahawa para peminat The Manhattan FISH MARKET kini boleh memesan hidangan makanan laut kegemaran mereka seperti ikan dan ubi yang terkenal, kerang herba bawang putih dan Manhattan Flaming Seafood Platter.

    foodpanda Brunei kini telah bekerjasama dengan lebih daripada 80 buah restoran dan terus meningkatkan perkhidmatan penghantarannya.

    Dayang Haslinda dan Awang Nabil (kanan) jalin kerjasama bagi perkhidmatan syarikat masing-masing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda