Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ford kurangkan pengeluaran pikap F-150 Lightning

    PHILADELPHIA, 21 JAN – Ford akan mengurangkan pengeluaran pikap elektrik F-150 Lightning selepas pertumbuhan jualan kenderaan elektrik (EV) yang tidak mencapai sasaran yang dijangkakan.

    Walaupun jualan EV berkembang di Amerika Syarilat (AS), kadar pertumbuhannya semakin berkurangan daripada sasaran bercita-cita tinggi yang ditetapkan oleh industri dan ramai pengguna beralih kepada kenderaan hibrid.

    Ford menjual lebih daripada 24,000 unit Lightning tahun lepas, meningkat 55 peratus daripada 2022. Tetapi peniaga melaporkan jualan yang lebih perlahan dan peningkatan inventori pada trak elektrik itu, yang bermula dengan harga di bawah AS$50,000.

    Jualan EV secara keseluruhan meningkat sebanyak 47 peratus kepada rekod 1.19 juta unit tahun lepas, menurut Motorintelligence.com. Bahagian pasaran EV meningkat daripada 5.8 peratus pada tahun 2022 kepada 7.6 peratus tahun lalu. Tetapi pertumbuhan jualan EV perlahan menjelang akhir tahun. Pada bulan Disember, penjualan meningkat 34 peratus.

    Ford berkata bahawa kira-kira 1,400 pekerja akan terjejas oleh pengurangan pengeluaran F-150 Lightning, dengan Pusat Kenderaan Elektrik Rouge beralih kepada satu syif kerja, berkuat kuasa 1 April.

    Kira-kira 700 pekerja akan dipindahkan ke kilang pemasangan Ford di Michigan manakala pekerja lain akan ditempatkan dalam peranan di Kompleks Rouge atau kemudahan lain di Michigan Tenggara. Sesetengah pekerja dijangka akan memanfaatkan Program Insentif Persaraan Khas yang telah dipersetujui dalam kontrak Ford-UAW 2023.

    “Kami mengambil kesempatan daripada fleksibiliti pengeluaran kami untuk menawarkan pilihan pelanggan sambil mengimbangi pertumbuhan dan keuntungan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley dalam satu kenyataan baru-baru ini. – AP

    Ford F-150 Lightning dipamerkan di Pameran Auto Philadelphia pada 27 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...