Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kesesakan jalan punca bas lambat sampai ke lokasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Kementerian Pendidikan memohon maaf atas masalah pengangkutan selepas Istiadat Perarakan Pengantin Diraja baru-baru ini, di mana ia telah menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.

    “Perkara ini amat dikesali dan Kementerian Pendidikan akan berusaha agar perkara sebegitu tidak berulang lagi pada masa akan datang.”

    Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin memohon maaf dan memberikan penjelasan terhadap isu yang tular di media sosial itu bagi mewakili Kementerian Pendidikan pada sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Mengulas lanjut terhadap soalan yang diajukan, pengangkutan pelajar dan guru pada sebelah pagi berjalan dengan lancar tapi terdapat isu bagi pengangkutan balik selepas acara selesai.

    “Itu adalah disebabkan jalan keluar bas lokasi shuttle point itu tersekat akibat ke-sesakan jalan yang menyebabkan shuttle tidak dapat bergerak dengan lancar,” jelasnya.

    “Daripada jumlah keseluruhan bas yang digunakan itu, sebanyak 334 buah bas, iaitu 282 buah telah melalui Jalan Pengiran Babu Raja dan itu termasuk bas yang membawa pelajar dan guru dari Daerah Belait dan Tutong.”

    Bagi memantau pergerakan bas itu, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan telah cuba untuk masuk ke kawasan Jame’ ‘Asr Hassnil Bolkiah dan ia telah mengambil masa 40 minit.
    Selain itu, kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Pengiran Babu Raja telah menyebabkan bas-bas lambat sampai ke lokasi.

    Pada hari tersebut, terdapat dua kaedah pengangkutan telah disediakan iaitu kaedah point to point yang khusus bagi pelajar dari luar Daerah Brunei dan Muara dan beberapa buah sekolah di daerah ini.

    Manakala itu, shuttle pickup di tiga lokasi bagi sekolah yang berada di Daerah Brunei dan Muara di mana ibu bapa dan penjaga dinasihatkan bagi menghantar anak-anak mereka ke lokasi yang ditetapkan.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati seterusnya mengulas mengenai dakwaan murid yang diarah datang seawal pukul 5 pagi.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati semasa memberikan penjelasan terhadap isu pengangkutan yang tular di media sosial.
    – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Katanya, pihak kementerian telah mengambil tindakan bagi menyiasat perkara berkenaan di setiap sekolah, memandangkan setiap sekolah mengeluarkan satu surat kepada ibu bapa untuk menasihatkan jam berapa menghantar anak-anak ke lokasi shuttle pickup point.

    “Setelah diteliti, waktu dan jam di mana pelajar diperlukan di tempat pickup point adalah pada pukul 6 pagi dan itu tertakluk kepada jarak institusi pendidikan berkenaan,” jelasnya.
    Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan memohon maaf sekiranya ibu bapa yang terkesan disebabkan mungkin ada arahan daripada sekolah masing-masing yang mengatakan bahawa anak-anak mereka perlu berada di pickup point pada pukul 5 pagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...