Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Forteen tidak lengkap tanpa Izzue

    Ahli Forteen iaitu Ammerais Azhar bersyukur kolaborasi kumpulan itu bersama Izzue Islam dalam lagu terbaharu berjudul Noktah Epilog Cinta berjaya mengubat kerinduan peminat.

    Kata Ameer atau nama sebenarnya Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, idea untuk kembali berempat itu muncul pada awal tahun 2023 setelah lima tahun Forteen tidak tampil dengan single baharu.

    ”Timbul idea ni awal tahun lepas, kami kumpulan Forteen berbincang, kami dah lama tidak keluar single dan kali terakhir pun pada tahun 2019.

    “Jadi rasanya inilah masa sesuai kami comeback balik dengan satu buah tangan. Tapi bila fikir balik rasanya tidak lengkap kalau Forteen tampil bertiga sahaja.

    “Forteen dengan Izzue pun dah macam adik-beradik. Jadi kami tanya Izzue nak tak buat projek ni bersama dan dia berminat, jadi demi peminat kami buat comeback sekali,” katanya kepada mStar.

    Ameer berkata demikian ketika ditemui di sidang media Maha Buffet 2024 bersama duta Karl Shafek di Restoran Mak Kimbong, Bangi, Selangor pada petang kelmarin.

    Ditanya komen warganet berpendapat nyanyian Izzue, 34, dilihat lebih menyerlah berbanding bersama Forteen sebelum ini,Ameer berkata ini kerana pelakon itu ditampilkan sebagai penyanyi featuring.

    Pun begitu, keempat-empat penyanyi tetap mempamerkan vokal yang lebih matang daripada sebelum ini. – Agensi

    Forteen sewaktu beraksi di Gegar Vaganza 5. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...