Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum gariskan kepentingan adaptasi realiti sekuriti semasa

    Oleh Sim Y. H.

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof menghadiri Forum Putrajaya 2022 yang bertema, Shared Regional Responsibility, dan dirasmikan oleh Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, Forum Putrajaya bersidang hari ini, pada hari kedua pameran Defence Services Asia (DSA) ke-17 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Kenyataan menyatakan bahawa forum berkenaan juga telah disertai oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi pertahanan dan sekuriti, think tanks dan ahli akademik, di mana pengetahuan telah dikongsikan untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu pertahanan dan sekuriti tempatan dan antarabangsa serta potensi untuk meluaskan kerjasama keselamatan.

    Forum itu juga menggariskan kepentingan adaptasi kepada realiti sekuriti semasa dalam pembangunan kerjasama awam dan tentera serta anjakan paradigma media sosial dan kesannya terhadap peperangan dan konflik.

    Turut menghadiri acara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bergambar ramai semasa menghadiri forum tersebut, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda