Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Forum ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Komuniti perniagaan Brunei diseru untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mencapai matlamat pembangunan mampan negara.

    Seruan itu disuarakan semasa Forum Ekonomi Mampan Brunei 2023 dengan membawa tema Matlamat Mampan: Mengimbangkan Pertumbuhan dan Komitmen Iklim yang berlangsung di Hotel Radisson, hari ini.

    Forum menyaksikan penyertaan lebih 180 pemimpin perniagaan, para pegawai kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membincangkan komitmen Brunei kepada pembangunan mampan dan peranan penting perniagaan dalam mencapai matlamat kebangsaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies dan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Brunei, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib semasa menyampaikan ucapannya berkata, Negara Brunei Darussalam menunjukkan komitmen yang teguh kepada agenda bagi Pembangunan Mampan 2030 seperti yang terbukti oleh Second Voluntary National Review yang diterbitkan tahun ini.

    Di samping itu, dedikasi Brunei kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim juga mendapat pujian dengan sasaran berwawasan yang digariskan dalam Nationally Determined Contributions (NDC) untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang mencerminkan pensejajaran proaktif dengan matlamat kemampanan global.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat LVK dan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC Brunei, Dayang Hafimi binti Abdul Haadii dalam kata alu-aluannya berkata dari segi sektor swasta, APEC BAC telah bekerjasama untuk mengatasi cabaran-cabaran yang mendesak dan secara aktif memperjuangkan agar lebih banyak lagi tindakan konkrit di APEC serta menyumbang kepada penggubalan dasar.

    Negara Brunei Darussalam komited kepada sebuah masa depan yang mampan dan telah mengambil langkah signifikan untuk mencapai matlamat kebangsaannya dengan menubuhkan Pusat ASEAN bagi Perubahan Iklim (ACCC) dan telah menerima pakai matlamat Bangkok ke atas Ekonomi Bio-Kitaran-Hijau (BCG).

    Pada masa yang sama, Brunei juga berikrar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 20 peratus menjelang 2030 dan telah merangka 10 strategi bagi mencapai matlamat itu.

    Ahli-ahli panel forum membincangkan mengenai kaedah di mana komuniti perniagaan dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dan memupuk pertumbuhan dalam sebuah era peka iklim.

    Panel forum membincangkan kaedah komuniti perniagaan yang boleh menyumbang kepada pembangunan mampan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...