Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Festival teroka pembelajaran sepanjang hayat

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Dengan matlamat untuk menyediakan platform mantap bagi individu untuk menerokai peluang pembelajaran sepanjang hayat, Centre for Lifelong Learning (C3L), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Festival Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Hari Terbuka C3L yang berlangsung di Bangunan ILIA, UBD, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian dinding Potraits of Triumph ialah Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) UBD, Profesor Madya Dr Abby Tan Chee Hong.

    Turut hadir ialah Pengarah C3L, Profesor Madya Dr Jose Hernandez Santos; Timbalan Pengarah C3L, Dr Anni @ Nik Ani Afiqah binti Haji Mohamad Tuah, pegawai-pegawai kanan UBD serta jemputan khas.

    Majlis menyaksikan perasmian acara yang disempurnakan bersama oleh Profesor Madya Dr Jose Hernandez Santos dan Dr Anni @ Nik Ani Afiqah dan diikuti dengan perasmian dinding Potraits of Triumph oleh Profesor Madya Dr Abby Tan.

    Protraits of Triumph merupakan pameran khas yang meraikan graduan dan alumni C3L di mana ia memperingati pencapaian luar biasa dan kejayaan alumni pusat berkenaan serta dihasratkan untuk menjadi sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar masa kini dan akan datang.

    Profesor Madya Dr Abby Tan dan para jemputan khas bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Profesor Madya Dr Abby Tan diberikan penerangan oleh para peserta pameran semasa festival berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Ia juga melambangkan legasi dan impak yang berkekalan pembelajaran sepanjang hayat.

    Festival dan hari terbuka berkenaan dihasratkan untuk memupuk hubungan yang bermakna dengan menyediakan sebuah platform yang mantap di mana alumni, pelajar, fakulti dan penyedia latihan dapat berkumpul.

    Ia menawarkan persekitaran yang dinamik untuk para peserta terlibat dalam perbincangan mengayakan, pertukaran penga-laman dan peluang menubuhkan rangkaian yang berharga.

    Interaksi itu dihasratkan untuk memperkayakan lagi perjalanan pendidikan mereka dengan membuka pintu kepada peluang-peluang baharu serta usaha kerjasama.

    Festival dan hari terbuka berkenaan juga merupakan usaha untuk mengukuhkan komitmen, menyediakan platform bagi alumni, pelajar dan fakulti untuk meneroka pelbagai penyelesaian latihan inovatif yang ditawarkan oleh para peserta pameran.

    Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat menerusi sesi taklimat mengenai pelbagai tema kritikal termasuk pembelajaran sepanjang hayat, teknologi digital dan dunia kecerdasan buatan generatif yang canggih.

    Festival dan hari terbuka berkenaan menjanjikan sebuah pengalaman kepada semua pengunjung dengan menawarkan pandangan yang berguna, peluang rangkaian serta meraikan pencapaian dalam pembelajaran sepanjang hayat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...