Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Forum Kedamaian dan Persahabatan Panda Basi diadakan di Sichuan

    DUJIANGYAN, 29 NOV – Forum Kedamaian dan Persahabatan Panda Basi bertujuan untuk menjelaskan nilai kebudayaan China tentang kedamaian dan persahabatan sejajar dengan hasrat yang disuarakan Presiden China, Xi Jinping.

    Naib Presiden Persatuan Perhubungan Persahabatan Antarabangsa China (CAIFC) Cheng Guoping berkata, forum itu juga menyentuh mengenai tamadun ekologi di samping membantu dunia luar memahami amalan China yang sentiasa mengejar pembangunan secara damai dan memacu pembangunan hijau.

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri forum itu di bandar Dujiangyan provinsi Sichuan kelmarin.

    Forum itu anjuran bersama CAIFC dan Kumpulan Media China (CMG).

    Sementara itu, Naib Presiden CMG Xing Bo dalam ucapannya berkata, Presiden Xi ketika melawat San Francisco baru-baru ini pernah menyatakan bahawa, panda merupakan utusan persahabatan antara rakyat China dan Amerika Syarikat (AS).

    “CMG komited bertugas menceritakan mengenai panda dan tentang usaha melindungi panda serta menyebarkan mengenai kehidupan panda,” katanya.

    Datuk Bandar Steilacoom di Seattle AS, Dick Muri, berkata panda Basi yang diketahui umum telah memainkan peranan sebagai penyampai rasa cinta rakyat China terhadap kedamaian dan persahabatan, selain menjadi pendorong persefahaman dan pertukaran antara rakyat China dengan pelbagai negara lain.

    Beliau berharap agar usaha pertukaran lawatan antara golongan muda dapat dipertingkatkan untuk menyumbang kepada perkembangan hubungan bilateral.

    Forum bertemakan ‘menjalankan pertukaran lawatan yang bersahabat, berkongsi kedamaian’ itu, dihadiri kira-kira 200 peserta, termasuk tokoh-tokoh dari AS, Itali, Belgium, Qatar, Maghribi dan Sri Lanka serta pegawai, pakar dan wakil dari pelbagai pihak di Sichuan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...